Komputer Buat Duit Online

Monday, April 20, 2015

Jenis-Jenis Motor Elektrik Fasa Tunggal



Dalam sistem penyejuk bekuan dan penyaman udara, motor elektrik digunakan untuk menjalankan pemampat, pelbagai jenis kipas, pam air, kipas pengudaraan dan pelbagai peralatan elektrik.

Ada dua bahagian asas pada semua motor elektrik iaitu  rotor dan  stator

Rotor adalah bahagian yang berputar pada motor dan kadang kala dipanggil juga sebagai armature. Sementara stator pula adalah frame motor dan ianya adalah bahagian yang tetap. Pada motor elektrik arus ulang-alik (ac current), dua kutub bermagnet dipasangkan pada stator dan satu magnet tetap pada rotor. Kutub utara pada stator akan menarik kutub selatan magnet tetap pada rotor sementara kutub selatan pada stator pula akan menarik kutub utara rotor. Penarikan ini berlaku kerana apabila arus melalui gelungan stator, akan membentuk pengutuban (polarity) pada stator dan medan magnet akan terbentuk pada gelungan tersebut.

 

Rajah 1


Rajah 2

Apabila arah pengaliran arus berubah, maka perubahan arah pengaliran ini akan menyongsangkan (reverse) pengutuban pada gelungan stator. Dengan ini gelungan utara dalam rajah 1 akan berubah akan menjadi gelungan selatan seperti rajah 2. Apabila perkara ini berlaku, dengan kutub selatan berpaksi pada shaft, dan dengan arus ulang-alik telah menyongsangkan pengutuban stator, kedua-dua kutub selatan ini akan menolak antara satu sama lain. Rotor akan terus berpaksi pada shaft selagi pengaliran arus terus menyongsang dalam gelungan stator. Motor ini akan terus beroperasi dalam keadaan seperti itu sehinggalah arus dipotong dan motor akan mencapai keadaan kedudukan seperti dalam rajah 3.

 
  
Rajah 3

Jika set kutub kedua dipasangkan pada stator, seperti rajah 3 di atas, satu set kutub magnet untuk memberi daya tarikan cukup untuk memulakan semula pusiangan rotor tersebut. Bagaimana pun, kesulitan mungkin timbul jka rotor berhenti pada kedudukan pertengahan putaran antara kedua-dua kutub itu seperti yang ditunjukkan pada rajah 4 berikut.

 

Rajah 4

Dalam keadaan seperti ini, akan terdapat penarikan yang sama antara kutub selatan dan dalam rotor dan dua kutub utara pada stator, begitu juga antara kutub utara rotor dengan kutub-kutub selatan pada stator.

Masalah ini akan dapat diatasi dengan memasangkan perintang pada satu bahagian yang mana akan menghalang secara sementara pengaliran electron ke kutub selatan stator. Ini akan mengakibatkan electron mengalir ke satu kutub yang terkeluar dari fasa dan fasa kedua akan terbentuk. Arus fasa kedua ini akan menolong dan membantu rotor bergerak semula.

Motor-motor mesin pemampat jenis hermetic penyejuk bekuan dan penyaman udara, menggunakan motor-motor jenis ini dengan meluas dan gegelungnya disejukkan oleh gas bahan pendingin pada suhu dan tekanan yang rendah berbanding dengan motor terbuka (open type electric motor) yang disejukan oleh udara sekeliling yang mana suhunya adalah lebih tinggi berbanding dengan suhu dari gas bahan pendingin.

Jenis-Jenis Motor Satu Fasa

Terdapat lima jenis motor elektrik satu fasa iaitu:-
1.      Motor jenis fasa belah (Split Phase Induction Motor)
2.      Motor jenis kapasitor pemula (Capacitor Start Induction Motor)
3.      Motor jenis kapasitor pemula dan bergerak (Capacitor Start & Capacitor Run motor)
4.      Motor jenis kapasitor start (Permenant Capacitor Motor)
5.      Motor jenis kutub terlindung (Shaded Pole Motor)

Kegunaan Motor Elektrik Dalam Sistem Penyejuk Bekuan & Penyaman Udara

1.      Untuk menjalankan pemampat
a.      Dengan menggunakan kaedah pacuan guna tali sawat (external belt drive)
b.      Dengan menggunakan kaedah pacuan terus (hermetic dricet drive)

2.      Untuk menjalankan kipas
a.      Kipas pemeluwap
b.      Kipas pencairwap
c.      Menjalankan penghembus
d.      Kipas pada menera penyejukan
e.      Kipas ventilasi / pengudaraan

3.      Untuk menjalankan pam
a.      Pam Air Sejukan (Chilled Water Pump)
b.      Pam Air Pemeluwapan (Condenser Water Pump)

Jenis Motor Elektrik Dan Penggunaannya

Motor-motor jenis terbuka yang biasa digunakan untuk menjalankan pemampat jenis terbuka (open type compressor) dan menggunakan tali sawat (belt drive compressor) adalah seperti berikut:-

a.      Capacitor Start Induction Motor
b.      Capacitor Start & Capacitor Run Motor
c.      Permenant Capacitor Motor

Motor-motor jenis tertutup pula digunakan untuk menjalankan pemampat yang ditempatkan dalam sebuah perumah (dome) bersama dengan motornya. Motor-motor yang digunakan adalah seperti berikut:-

a.      Capacitor Start Induction Motor
b.      Capacitor Start & Capacitor Run Motor
c.      Permenant Capacitor Motor

Motor-motor yang biasa digunakan untuk menjalankan kipas-kipas pemeluwap dan pencairwap adalah seperti berikut:-

a.      Split Phase Motor
b.      Shaded Pole Motor
c.      Permenant Capacitor Motor

A. SPLIT PHASE MOTOR

 
Split Phase Motor

Gelung pejalan (running winding) dan gelung pemula (starting winding) motor jenis ini dipasang secara selari merentasi bekalan satu fasa. Satu suis angkir (centrifugal switch) dipasang secara bersiri dengan gelung pemula (starting winding) motor tersebut. Gelung pemula diperbuat daripada dawai yang halus supaya rintangannya tinggi tetapi aruhannya rendah. Sementara gelung pejalan (running winding) ini pula diperbuat daripada dawai yang lebih kasar agar rintangannya rendah tetapi aruhanya tinggi.

Kedua-dua gelung motor ini akan menerima bekalan elektrik secara serentak tetapi oleh kerana aruhan yang lebih tinggi pada gelung pemula, arus akan mengalir ke gelung pemula dengan meninggalkan arus yang mengalir di dalam gelung pejalan sebanyak 30 darjah elektrik. Dengan adanya perbezaan aruhan dalam kedua-dua gelung ini maka akan terhasillah daya kilas dan menyebabkan rotor mula bergerak. Bila rotor bergerak laju dan mencapai kelajuan sebanyak 70 – 75% dari kelajuan penuh, suis angkir (centrifugal switch atau relay) akan terbuka dan mengeluarkan gelung pemula dari litar. Akhirnya motor hanya menggunakan gelung pejalan ketika bergerak dengan kelajuan penuh.

Motor jenis ini digunakan untuk menggerakan beban ringan seperti untuk menjalankan pemampat sistem penyejukan dengan salur rerambut dimana tekanan tinggi dan tekanan rendah akan seimbang apabila motor berhenti. Motor jenis ini disaizkan dalam keupayaan kuasa kuda antara 1/20 kuasa kuda hingga 1/3 kuasa kuda.

B. CAPACITOR START INDUCTION RUN MOTOR

Gelung pejalan dan gelung pemula motor jenis ini dipasang secara selari merintasi bekalan satu fasa. Sebuah kapasitor pemula (starting capacitor) beserta suis angkir (centrifugal switch) dipasang secara bersiri dengan gelung pemula (starting winding) motor ini. Gelung pemula motor ini lebih kasar berbanding motor jenis Split Phase. Rotor motor ini terbuat dalam bentuk sangkar tupai (squirrel Cage).

Kapasitor pemula dipasang sesiri dengan gelung pemula motor, akan menghasilkan arus pendahulu (leading current) yang akan menyebabkan arus dan medan magnet yang terhasil akan terkeluar dari fasa berbanding dengan arus yang melalui gelung pejalan motor tersebut. Ini akan membentuk daya kilas bagi membolehkan rotor mula bergerak.


Capacitor Start Induction Run Motor

Apabila kelajuan rotor motor mencapai kelajuan sebanyak 70 – 75% dari kadar kelajuan penuh, suis angkir (centrifugal switch) akan terbuka dan memutuskan kapasitor pemula dan gelung pemula dari litar dan dengan itu motor tersebut akan bergerak dengan kelajuan penuh dengan menggunakan gelung pemula sahaja.

Motor jenis ini mempunyai daya kilas (starting torque) yang lebih tinggi. Ia boleh memula dengan beban yang lebih tinggi. Keupayaannya disaizkan antara 1/16 hingga ¾ kuasa kuda.


C. CAPACITOR START & CAPACITOR RUN MOTOR

Binaan asas motor elektrik jenis ini lebih kurang sama dengan binaan asas motor elektrik jenis capacitor start indunction run motor. Dalam motor jenis ini, sebuah kapasitor pejalan (running capacitor) ditambahkan dalam litar pemasanganya. Kapasitor ini dipasang secara sesiri dengan gelung pejalan iaitu melepasi suis angkir motor tersebut. Dengan lain perkataan ia dipasang secara selari dengan kapasitor pemula (starting capacitor) dan suis angkir tersebut. Tugas kapasitor pejalan itu adalah untuk memperbetulkan factor kuasa motor tersebut dan inilah sebabnya ia dipasang secara sesiri dangan gelung pemula (starting winding) itu.

Operasi kendalian motor ini adalah berbeza dengan operasi motor jenis capacitor start induction run motor kerana dalam operasi motor ini, kedua-dua gelung akan sentiasa berada dalam litar. Pada peringkat permulaan, kedua-dua kapasitor yang digunakan akan berada dalam litar namun apabila rotor mencapai kelajuan 70 – 75% dari kelajuan penuhnya suis angkir (centrifugal switch) akan terbuka dan mengeluarkan kapasitor pemula dari litar. Setelah itu motor akan bergerak dalam kelajuan penuh dengan kedua-dua gelungnya dan kapasitor pejalan berada dalam litar.

Motor aruhan jenis ini mempunyai daya kilas yang tinggi dan mempunyai kecekapan operasi yang lebih baik. Ia biasa digunakan untuk menjalankan kipas pemeluwap, kipas pencairwap, pelbagai jenis pam dan pemampat. Ia biasa disaizkan antara ½ hingga 10 kuasa kuda.

D. PERMENANT CAPACITOR MOTOR


Permenant Capacitor Motor

Binaan asas motor jenis permenant capacitor adalah lebih kurang sama dengan motor jenis capacitor start & capacitor run motor. Perbezaannya ialah:-

a.      Motor jenis ini tidak mempunyai kapasitor pemula (starting capacitor)
b.      Motor jenis ini tidak mempunyai suis angkir (centrifugal switch)

Kapasitor pemula pada motor ini dipasangkan secara terus sesiri dengan gelung pemula (starting winding) motor tersebut. Fungsi kapasitor tersebut ialah sebagai kapasitor pemula untuk memberikan daya kilas mulaan bagi motor tersebut serta bertujuan untuk memperbetul faktor kuasa.


Kapasitor ini kecil dan tidak mengakibatkan perpindahan fasa (phase displacement). Dengan itu daya kilas motor jenis ini hanya  rendah sahaja.

Motor ini akan bergerak pada kelajuan penuh dengan menggunakan kedua-dua gelung bersama dengan kapasitor itu. Rotor yang digunakan adalah dari jenis sangkar tupai. Motor aruhan jenis ini biasa digunakan untuk menjalankan pemampat tertutup (hermatic compressor) pada penyaman udara dan motor kipas pada penyaman udara. Saiz motor jenis ini biasanya berkeupayaan dari 1/20 hingga 3 kuasa kuda.

E. SHADED-POLE MOTOR

Binaan asas motor jenis ini adalah berbeza dengan binaan asas motor-motor satu fasa yang lain. Gelungan tambahannya pula mengandungi gelungan yang terlindung dan mengelilingi sebahagian stator motor tersebut. Biasanya gelungan ini mengandungi satu lingkaran dawai tembaga yang kasar dan disambung terpintas dan hanya membawa arus aruhan sahaja. Semasa operasi, medan yang terhasil oleh arus aruhan dalam gelungan yang terlindung itu akan melencongkan medan magnet pada kutub-kutub stator dan akan menghasilkan daya kilas yang kecil dan mengakibatkan rotor sangkar tupai motor itu berputar.

Motor aruhan jenis ini biasanya digunakan untuk menjalankan kipas-kipas kecil yang mempunyai bilah yang dipasang secara terus ke aci (shaft). Kapasitinya ialah antara 1/125 hingga 1/20 kuasa kuda.

Kebaikan motor jenis ini ialah:

  1. Ia dapat mengawal kelajuannya.
  2. Binaan asasnya yang sangat mudah.
  3. Harganya yang murah.

Shaded-Pole Motor

A      - Motor
B      - Motor support brackets
C      - Mounting plate
D      - Molded fan























Litar pendawaian gelongan shaded-pole motor:


240 V
 



Legend:

            S        -        South polarity

N       -        North polarity

A       -        Shaded pole