Komputer Buat Duit Online

Sunday, April 19, 2015

Kenali Peti Sejuk Anda

Tahu tentang peti sejuk anda sama sekali tidak sama dengan mengenali mengenai peti sejuk anda.

Empat komponen utama sebuah peti sejuk termasuklah
a. Pemampat (Compressor)
b. Pemeluwap (Condenser)
c. Peranti Pemeteran (Metering Device)
d. Pencairwap (Evaporator)


Pemampat

Pemampat berfungsi sebagai jantung kepada unit peti sejuk. Tanpa pemampat tidak mungkin sebuah peti sejuk mampu berfungsi sebagaimana lagaknya peti sejuk. Pemampat memampat bahan penyejuk (refrigerant) ke seluruh sistem melalui setiap komponen utama yang dihubungkan sistem perpaipan. Perpaipan yang sering digunakan ialah kuprum jenis lembut.

Pemampat sesuai dengan nama panggilan sebagai pemampat, ia akan memampat bahan penyejuk dan mendorongnya ke pemeluwap melalui saluran kadar alir (discharge line). Selepas dimampat, bahan penyejuk adalah dalam bentuk wap bersuhu dan bertekanan tinggi. Sebab itu kenapa saluran kadar alir selalunya agak panas dan kadang kala panas melampau akibat beberapa sebab tertentu.

Pemeluwap

Pemeluwap menerima bahan penyejuk yang termampat dari pemampat. Di pemeluwap, proses pemindahan haba berlaku. Haba sentiasa mengalir dari kawasan lebih panas ke kawasan lebih sejuk. Inilah prinsip pemindahan haba. Oleh kerana pemeluwap bersuhu tinggi akibat suhu bahan penyejuk tadi berbanding kawasan persekitaran misalnya udara sekeliling atau air, maka haba akan mengalir dari pemeluwap ke udara sekitar pemeluwap tersebut.

Sementara perpindahan haba ini berlaku, bahan penyejuk akan bertukar bentuk dari wap ke cecair. Pemindahan haba juga mengakibatkan proses sejatan atau pemeluwapan kepada bahan penyejuk tadi juga berlaku. Selagi unit peti sejuk dihidupkan, selagi itulah proses pemindahan haba akan terus berlaku.

Pendiknya, pemeluwap panas supaya haba boleh berpindah ke medium pemindahan haba di persekitaran pemeluwap sama ada air atau udara. Bergantung kepada apa jenis pemelueap yang digunakan untuk oleh unit peti sejuk. Sama ada pemeluwap sejukan udara atau sejukan air.

Bahan penyejuk yang telah bertukar cecair dihujung pemeluwap akan didorong keluar ke peranti pemeteran.

Peranti Pemeteran

Peranti pemeteran berfungsi sebagai pengawal pengaliran bahan penyejuk di dalam unit peti sejuk. Ia akan mengawal dalam erti kata mencatu pengaliran bahan penyejuk tersebut. Bahan penyejuk yang memasuki peranti pemeteran adalah dalam bentuk cecair yang bertekanan dan bersuhu rendah.

Bukaan peranti pemeteran yang menghala ke pencairwap cukup halus sehingga apabila bahan penyejuk memasuki ruang pencairwap, ia terdorong dalam bentuk semburan. Beberapa faktor kenapa pencairwap menjadi sejuk akan saya jelaskan dengan lebih terperinci berikut.

Bagaimana Peti Sejuk Anda Menjadi sejuk?

Inilah persoalan yang menarik dan sangat saya gemar. Jika anda kenal peti sejuk anda dan anda tidak tahu pun bagaimana peti sejuk anda menjadi sejuk, anda bukanlah sahabat yang karib kepada peti sejuk anda. Anda hanya tahu mengeksploitasi peti sejuk anda.

Faktor-faktor penting bagaimana peti sejuk menjadi sejuk:-
a. Suhu didih bahan penyejuk yang sangat rendah.
b. Isipadu bukaan keluar peranti pemeteran yang terlalu kecil @ halus
c. Isipadu bukaan masuk pencairwap yang agak besar

Pencairwap

Jenis bahan penyejuk yang digunakan untuk peti sejuk masa kini ialah R-134a dan ia mendidih pada suhu  −26.3°C (−15.34°F) pada tekanan atmosfera. Cuba anda bandingkan dengan suhu didih air. Air mendidih pada 100°C (212°F)! Maknanya bahan penyejuk ini mendidih pada suhu sangat rendah dibawah paras beku air. Jika ia mendidih di telapak tangan anda, kulit dan daging telapak tangan anda akan masak dalam beberapa saat sahaja!

Di pencairwap, bahan penyejuk yang memasukinya adalah dalam bentuk semburan yang mempunyai suhu teramat rendah. Tambahan pula isipadu pencairwap selepas sahaja muncung bukaan keluar peranti pemeteran adalah besar, mengakibatkan penurunan tekanan yang berlaku secara drastik. Kesannya tekanan di pencairwap adalah amat rendah.  Hasilnya pencairwap akan menjadi sejuk. Peti sejuk anda juga akan sentiasa sejuk selagi peti sejuk itu dalam keadaan "on".

Dengan serta merta, selepas sahaja bahan penyejuk memasuki pencairwap dalam bentuk semburan tetapi mendidih pada suhu yang amat rendah disertai isipadu yang besar, tekanan dan suhu rendah akan terhasil di pencairwap. Bahan penyejuk akan mula meruwap. Oleh kerana adanya haba dari bahan makanan misalnya daging, ayam, bahan makanan laut dan apa sahaja bahan makanan yang disimpan dalam ruang sejukan peti sejuk, menyebabkan haba ini akan meresap masuk ke dalam bahan penyejuk di dalam saluran pencairwap. Sekali lagi proses pemindahan haba berlaku. 

Pendek kata, pencairwap bertindak sebagai penyerap haba dengan medium pemindahan haba yang ada iaitu bahan penyejuk. Haba yang diserap tadi akan dibawa semula ke pemeluwap dimana haba tersebut dipindahkan ke udara sekeliling.

Ikuti catatan saya akan datang

3 comments: